Moka Kamishiraishi
Moka Kamishiraishi

Moka Kamishiraishi

Moka Kamishiraishi (Jepun: 上白石萌歌, Hepburn: Kamishiraishi Moka, lahir 28 Februari 2000)[1] ialah pelakon, penyanyi/pendendang serta ahli fesyen asal Jepun.[2] Sebagai penyanyi, nama artis Moka ialah Adieu (digayakan semua huruf kecil). Beliau merupakan adik perempuan pelakon Jepun Mone Kamishiraishi.Kamishiraishi memasuki dunia hiburan selepas memenangi uji bakat Toho Cinderella pada 2011 yang ditaja oleh Toho Entertainment. Beliau membuat debut lakonannya pada tahun 2012, dan sejak itu muncul dalam filem-filem seperti Haruta & Chika (2017) dan A Forest of Wool and Steel (2018), yang mana Moka berjaya memenangi anugerah Pendatang Baru Terbaik dalam Hadiah Filem Akademi Jepun ke-42. Moka juga memiliki kerjaya lakonan suara. Beliau merupakan pelakon suara di siri filem Mirai (2018) dan Pokémon the Movie: Secrets of the Jungle (2020), dan muncul dalam drama televisyen, termasuk drama taiga NHK Idaten (2019) dan The Files of Young Kindaichi (2022). Moka juga mengeluarkan single muzik pertamanya pada 2015, dan membuat kemunculan perdana pentas muzik dengan nama panggung sebagai Adieu pada 2019 di bawah lesen daripada Sony Music Records.

Moka Kamishiraishi

Pekerjaan
Jumlah tontonan 24,407,014
Tahun aktif 2011–semasa kini
Laman web rasmi Profil Toho
Karya
Juga dikenali sebagai Adieu
Ejen Toho Entertainment
Syarikat rakaman Sony Music Records
Pelanggan 110,000
Laman sesawang Adieu official website
Pendidikan Universiti Meiji Gakuin
Saudara Mone Kamishiraishi (saudara perempuan)
Kelahiran (2000-02-28) 28 Februari 2000 (umur 23)
Genre J-pop
Ketinggian 163 cm (5 ka 4 in)
Saluran
Tahun aktif 2019–kini

Berkaitan